UMUR BLOG

Daisypath Friendship tickers

Monday, July 17, 2017

SOCIAL WORKER

hai uols semua
setelah berkali-kali draft
dengan harapan kali ni post nya tak di draft jugak

actually nak kongsi selepas setahun kakjah sebagai social worker
tapi sebelum tu kakjah practical pun dah kira social worker 
time practical tu dah tengok lah oooo cenggitu cenggini kerja deme and so on
krik3
walaupun time tu kau tak tahu nak buat apa sebenarnya
nak kaunseling, basic psychology belajar pun 1st sem or 2nd sem je
untuk UNIMASian carilah tempat practical 2 3 orang member
tapi kalau 1 kampung oklah
ini memasing kampung jauh
kalau jauh2 kos hidup pulak
zaman sekarang semua perlukan duit kalau nak hidup
kalau dapat elaun tak pelah
iols under gomen, tak adonya elaun
tapikan iols practical dengan kerja more to course social work, kalau tahu dulu tukar course social work
practical dengan "orang papa", kerja dengan komuniti juga

Setahun sudah (Julai 2016 - Julai 2017)
Ini kira kita cerita pengalaman sikitlah
Mungkin tak 100%

PWID

People Who Inject Drugs
Kira kakjah under sub-culture PWID & drug users (DU) lain
Ambil masa juga nak ingat segala slang yang DU guna
Inject, chase, bong, bebong (janji bunyi ada, eja tak sure)

Banyaklah pengalaman kakjah dapat
Dari kaki tenggelam dalam lumpur, buat akrobatik, turun naik bukit (balik terus naik motor) hahaha
Macam-macamlah lagi

Pengalaman tu semua

Tapi kakjah tulis ini kita ambil dari pelbagai sudutlah
Sebab takut nanti orang akan salah tafsir
Ini secara natural, pendapat, tidak berkaitan dengan teori mori, DU itu sendiri and so on

Contohlah

"Penagih" - perkataan itu amat sensitif dalam kalangan DU
Ibarat orang mengata kakjah gems, awal-awal sentaps jugak kan
Tapi lama-lama lantak kau lah nak cakap gems ke badak ke apa-apalah
Sebab hati orang lain-lain kan, ada lembut ada yang kental
Disebabkan sekarang mulut kakjah boleh tahan lahar, jiwa dah kental beb

So, gunalah "Pengguna Dadah" not "penagih" ok
Senang cerita kita letak diri kita dekat situlah
Benda ni sebenarnya susah nak explain

SAMBUNGAN ditaip pada 15 Julai 2017

bayang ehh iols save dulu lepastu baru sambung
nasib terniat nak sambung semula hari ni

secara jujur iols tak layak lagi kot nak menulis benda ni semua
iyelah baru setahun jagung bak kata orang kan

tapi iols menulis based on pengalaman yang iols hadap
bukan untuk data or numbers
berapa ramai, ramai lagi ke, and so on

time belajar yes kau amat memerlukan numbers tu, sama ada betul atau tidak
wallahu 'alam
kau akan ambil sahaja daripada journal or articles tu
kira kalau orang Islam panduan hidup berdasarkan Al-Quran & hadis
orang belajar based on buku, journal, articles, GOOGLE, dan lain-lain.. hahaha

RECOVERY
cuba uols layan cerita ELEMENTARY
tapi kalau layan cerita tu kena pickup cepat sikitlah
jenis iols siap rewind balik kalau tak paham
selain daripada tengok cara dia menyiasat, cerita pasal drugs
dalam tu ada jugak kisah recovery untuk drug users
season 5 je tak tengok lagi, dekat AXN dah tayang, iols ada rakam sama ada decoder haritu rosak, atau dah kena delete
season 1 - 4 download iflix, then bayarlah rm9 or rm10 kalau dah habis yang free subscribe
lepastu layan sampai muntah

recovery yang iols nampak depan mata, dan melalui pengalaman orang bercerita
bukanlah mudah untuk drug users
as orang Islam ofcos berbalik semula kepada ALLAH
kuatkan iman dan sebagainya
itu iols tak sangkalkan, memang betul sebetul2nya
TAPI support dari family dan orang sekeliling pun penting

macam mana nak cakap, gian (addiction)
contohlah, macam iols satu tahap gian shopping online beli tudung
lepastu kena sound dengan bapak stop kejap
gian shopping online benda merapu2 pulak

konsep gian dengan dadah lebih kurang macam gitulah kot
mungkin masuk pusat or penjara dapat control, tapi bila keluar mesti nak
tapi tak da siapa yang support untuk stop
iols memang tabik mereka yang kerja NGO and dah stop ambil barang
sebab bukan senang, dugaan kerja ini lagi menguji sebab kena turun site, benda depan mata
tapi boleh control

ok lah nanti sambung next post pasal treatment pulak